Dr Tick-Tack Malay mini leaflet


Dr Tick-Tack telah dibina untuk membantu para doktor yang mempunyai masalah merawat pesakit yang bertutur bahasa asing.  Ianya kini diperkembangkan untuk membolehkan para pesakit berkomunikasi secara efektif dan terperinci dengan para doktor dan jururawat yang tidak bertutur bahasa mereka.  Kesemua bahan untuk aplikasi ini telah dicipta dalam 30 bahasa termasuk Cina, Jepun, Arab, Armenia dan Uzbek.


Sesiapa yang tinggal di luar negeri, atau bercuti di luar negeri, yang jatuh sakit atau mengalami masalah kesihatan, atau terlibat dalam kemalangan, boleh menceritakan masalahnya dalam bahasa sendiri dan diwaktu yang sama melihatnya dipaparkan secara automatik didalam lain-lain bahasa.


Pesakit juga boleh mencatit rekod lengkap kesihatan peribadi dalam bahasa mereka sendiri dan pada waktu yang sama melihatnya diwujudkan serentak di dalam salah satu daripada tiga puluh bahasa. Ini mengelakkan doktor bertanyakan banyak soalan, menyelamatkan banyak masa yang diperlukan dan mempastikan pemahaman yang tepat. Jangan tunggu sehingga anda terlibat dalam kemalangan atau jatuh sakit - wujudkannya sekarang sebelum membuat perjalanan.


Aplikasi ini terdiri daripada perkara-perkara yang perlu dibincangkan antara doktor dan pesakit : menceritakan masalah, bertanya soalan, memberi jawapan dan menawarkan nasihat. Ia memberi beratus ayat, dan glosari yang luas dengan nama-nama penyakit dan bahagian anggota manusia, istilah perubatan tidak terbilang, dan ungkapan-ungkapan yang berguna di dalam membentuk sejarah perubatan anda.


Maklumat terkini akan dimuatkan dari semasa ke semasa untuk membina aplikasi ini menjadi sumber penting untuk dunia perubatan yang mampu meningkatkan kemahiran dan kecekapan para doktor dan jururawat, membantu pesakit mendapat rawatan lebih cepat, dan meningkatkan keyakinan mereka yang dalam perjalanan. 


Pengguna memilih bahasa mereka dan bahasa asing yang diperlukan. Kemudian taip kata kunci ke dalam telefon pintar atau tablet umpamanya : jantung, dada, perut, buku lali, terseliuh, sakit teruk, gatal gatal dsbnya. Aplikasi ini akan paparkan semua ayat mengandungi perkataan itu. Pengguna kemudian skrol ke bawah dan tekan ayat yang dikehendaki. Ini akan mempapaparkan ayat itu dalam bahasa pengguna dan bahasa asing yang dipilih. Anda boleh juga membina ayat menggunakan ungkapan- ungkapan individu.


Anda bolih paparkan satu ayat dan tunjukkannya kepada doktor atau pesakit (jika anda doktor) untuk dibacanya. Atau anda boleh membuat teks dengan beberapa ayat. Menekan satu-satu ayat akan memasukkannya ke dalam teks e-mel.